Entah mengapa hati terpanggil untuk meluahkan 'bicara hati' seorang ibu.
Ibu itu rasa bersalah
Ibu itu rasa berdosa
Ibu itu rasa tertekan
Kerana terperangkap dalam perjalanan yang suram
Sememangnya destinasi menjadi idaman
Tetapi liku-liku perjalanan memahat seribu satu perasaan
Fikirkan duniawi, fikirkan saham akhirat
Fikirkan research, anak jadi taruhan
Fikirkan anak, kerjaya jadi tak keruan
Fikirkan semua, tak tertanggung dek perasaan
Inikah pengorbanan?
Masa kualiti bersama anak jadi igauan
Curi-curi masa studi jadi kebiasaan
Nikmat keibuan jadi sandaran
Mengejar PhD yang masih kelam
Namun,
Ibu itu bukan sembarangan
Fikirannya teguh tempuhi cabaran
Susah senang ada kemanisan
Bekalannya doa dan keredhaan
Tawakkal lillahi Taala jadi seruan
Hai! Anak-anak sekalian
Maafkan lah ibu itu
Menuntut ilmu perlukan pengorbanan
Menguji keimanan dan kesabaran serta daya tahan
Setiap detik pasti ada ujian dan cabaran
Hai! Si ibu...
Teguhkan langkah teruskan perjalanan
Ambil masa refleksi pengalaman dan perasaan
Tenangkan hati ceriakan perasaan
Demi anak-anak yang dahagakan kasih sayang
Ya! Tuhan
Kurniakanlah kekuatan badan
Kurniakanlah ketajaman fikiran
Kurniakanlah kebijaksanaan
Permudahkanlah segala urusan
Jadi bekalan si ibu idaman
Dalam meneruskan perjalanan
Dan memahami erti pengorbanan
Nukilan Hati
Pena Hadifar
Midnight, 17Feb09
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ni mesti our conversation menjadi inspiration ni..sabar je Pidah...i faham...nak buat camana? may your prayers be heard and answered for all mothers going through the same difficultis... amin..bila nak mai..?
Amin..culture shock gak u know... in the previous journeys (BSc. & Master), I'm all alone..so study was the main focus. This journey..haiya.comes with a package! I'm sure the victory will be soooo sweet and more meaningful.
Dapat surat 'cinta' dari VC baru tak?
salam..lama da puan tak update blog kan.. saya doakan puan smgt2 menghadapi setiap ujian dan sabar dlm pengorbanan..puan memang best.. saya yatie md selamat
SALAM..PUAN, SEMOGA SIHAT ,CERIA DAN SENTIASA DALAM LINDUNGAN KERAHMATAN DARI ALLAH S.W.T..
SEMOGA PUAN MENERUSKAN PERJALANAN DENGAN KEAZAMAN YG KUKUH..WALAU APA JUA UJIAN YANG MENIMPA..UNTUK MENDAPATKAN SESUATU,SUDAH TENTU KITA PERLU MENGORBANKAN SESUATU.ITULAH MAKNA KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA..TERUSKAN USAHA..SALAM PERANTAUAN ; NOORHIDAYATI
Post a Comment