Tuesday, February 17, 2009

Pengorbanan?

Entah mengapa hati terpanggil untuk meluahkan 'bicara hati' seorang ibu.
Ibu itu rasa bersalah
Ibu itu rasa berdosa
Ibu itu rasa tertekan
Kerana terperangkap dalam perjalanan yang suram

Sememangnya destinasi menjadi idaman
Tetapi liku-liku perjalanan memahat seribu satu perasaan
Fikirkan duniawi, fikirkan saham akhirat
Fikirkan research, anak jadi taruhan
Fikirkan anak, kerjaya jadi tak keruan
Fikirkan semua, tak tertanggung dek perasaan

Inikah pengorbanan?
Masa kualiti bersama anak jadi igauan
Curi-curi masa studi jadi kebiasaan
Nikmat keibuan jadi sandaran
Mengejar PhD yang masih kelam

Namun,
Ibu itu bukan sembarangan
Fikirannya teguh tempuhi cabaran
Susah senang ada kemanisan
Bekalannya doa dan keredhaan
Tawakkal lillahi Taala jadi seruan

Hai! Anak-anak sekalian
Maafkan lah ibu itu
Menuntut ilmu perlukan pengorbanan
Menguji keimanan dan kesabaran serta daya tahan
Setiap detik pasti ada ujian dan cabaran

Hai! Si ibu...
Teguhkan langkah teruskan perjalanan
Ambil masa refleksi pengalaman dan perasaan
Tenangkan hati ceriakan perasaan
Demi anak-anak yang dahagakan kasih sayang

Ya! Tuhan
Kurniakanlah kekuatan badan
Kurniakanlah ketajaman fikiran
Kurniakanlah kebijaksanaan
Permudahkanlah segala urusan
Jadi bekalan si ibu idaman
Dalam meneruskan perjalanan
Dan memahami erti pengorbanan

Nukilan Hati
Pena Hadifar
Midnight, 17Feb09