Tuesday, May 25, 2010

Kisah seorang ibu tunggal sementara (Pengenalan)



Sejak 6 mac 2010 aku mendapat status baru - Ibu Tunggal Sementara (ITS). Inilah cabaran apabila pasangan suami isteri sama-sama sambung belajar buat PhD. Tolong....jangan buat sebegini. kalau ye pun nak sambung belajar, biarlah 'sequential' jangan 'concurrent'. Ni la terminology yang aku belajar bila baca pasal 'mixed methods design'. Aku sudah mula lari dari tajuk ni... Inilah salah satu simptom bila jadi ITS ni...otak kelam kabut dan fikiran selalu tersasar. Bersabarlah ye.

Kalau ikutkan tarikh hari ini, telah genap dua bulan, 3 minggu dan 3 hari aku memegang status ITS ini. Hari-hari aku lalui dengan penuh hati-hati sebab aku memegang amanah menjaga dua hero yang selalu' tak boleh duduk diam'. Bayangkanlah. Si abang dan si adik lebih kurang sama je ragamnya walaupun kedua-duanya mempunyai personaliti yang berlainan. Yang pening, akulah. Hari-hari terpaksa melayan karenah mereka walaupun seharian mereka diletakkan di Family Day Care. Apa nak buat...

Banyak sangat peristiwa yang telah berlalu dan telahpun kuluahkan dalam facebook. Terpaksa buat macam tu supaya boleh terus bergerak ke depan. kalau tak, boleh meletup!!!

Alamak!!! Dah jam 5.35 petang. kena lari ambil anak dari Child care pulak. Haiyaa...abis mood nak berkarya. Lain kali je lah! At least ada jugak update blog ni...

Aku, si ITS itu..

Monday, November 9, 2009

Al-Fatihah buat Arwah Opah Esah Tersayang

I was truly madly deeply sad last Friday because the only grandma that I have left...passed away on Friday, 6 November 2009, at 6.50 am (Malaysian time) in Kampung Batu 4, Segari Lumut, Perak. Good bye Opah.. May you rest in peace... I love you so much and I know that I'm going to miss you so much too. Semoga Allah permudahkan urusan Opah di alam kubur. Amin. Selamat berjumpa dengan Atuk Sudin. I know how much you missed him during Hari Raya last time... You kept on mentioning him name and informed us that Atuk Sudin was waiting for you somewhere..somehow....hmmm...

From your loving 'cucu' and two 'cicit' here in Melbourne, Australia.
I will upload some photos soon...A tribute to Opah Esah.

Wednesday, July 8, 2009

Happy Anniversary!

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-4... hahaha

Suami masih satu
Anak dah dua

Wakaka...
-Fida-
9 July 2009

Tuesday, February 17, 2009

Pengorbanan?

Entah mengapa hati terpanggil untuk meluahkan 'bicara hati' seorang ibu.
Ibu itu rasa bersalah
Ibu itu rasa berdosa
Ibu itu rasa tertekan
Kerana terperangkap dalam perjalanan yang suram

Sememangnya destinasi menjadi idaman
Tetapi liku-liku perjalanan memahat seribu satu perasaan
Fikirkan duniawi, fikirkan saham akhirat
Fikirkan research, anak jadi taruhan
Fikirkan anak, kerjaya jadi tak keruan
Fikirkan semua, tak tertanggung dek perasaan

Inikah pengorbanan?
Masa kualiti bersama anak jadi igauan
Curi-curi masa studi jadi kebiasaan
Nikmat keibuan jadi sandaran
Mengejar PhD yang masih kelam

Namun,
Ibu itu bukan sembarangan
Fikirannya teguh tempuhi cabaran
Susah senang ada kemanisan
Bekalannya doa dan keredhaan
Tawakkal lillahi Taala jadi seruan

Hai! Anak-anak sekalian
Maafkan lah ibu itu
Menuntut ilmu perlukan pengorbanan
Menguji keimanan dan kesabaran serta daya tahan
Setiap detik pasti ada ujian dan cabaran

Hai! Si ibu...
Teguhkan langkah teruskan perjalanan
Ambil masa refleksi pengalaman dan perasaan
Tenangkan hati ceriakan perasaan
Demi anak-anak yang dahagakan kasih sayang

Ya! Tuhan
Kurniakanlah kekuatan badan
Kurniakanlah ketajaman fikiran
Kurniakanlah kebijaksanaan
Permudahkanlah segala urusan
Jadi bekalan si ibu idaman
Dalam meneruskan perjalanan
Dan memahami erti pengorbanan

Nukilan Hati
Pena Hadifar
Midnight, 17Feb09

Tuesday, July 15, 2008

Good bye Unimelb...





Happy birthday Hubby & Amanda (Mar08)

Unbelievable again! My husband's birthday sama date dengan Amanda - 8 March - Suratan atau kebetulan? Whatever it is, we had a wonderful birthday picnic at Flemington Park (donno the real name of the park).
Hubby was reciting the 'doa' before the cake cutting ceremony. But Alesandro (?), Aunt K's son was already munching on something... Amanda pulak khusyuk dengar doa...agaknyalah.
The birthday girl (Amanda) and the birthday man (hubby).
One..two..three...BLOW!
At 1 year of age, Amanda shared one of her wonderful smiles...Check out her teeth..and hair clip.
Donno what he's smiling at...? We really enjoyed ourselves on that day..Sunday, 9 March 2008.

Happy birthday Adam & Achik (Feb08)

Unbelievable! Achik and Adam share the same date for birthday - 7 Feb - So, when Adel decided to organise a birthday party for Adam, Achikpun join sekali. We were the first guests who arrived on that day (Sat, 9th feb. 2008). Here are among the other guests who were present:
Aunty Kamariah's children (beautiful daughters n son), Yuhanis, and some others (whom we didn't get the chance to meet.. :( ).
Adam was blowing his birthday candles...(more than his age).
Achik, the birthday girl, with her fans..Nabil and Amanda.
Check out these lovely girls..beruntung aunty K dapat anak comel2 belaka. Amanda KAGUM melihat lilin.